PERGINYA SEORANG SUPER MARIO!


Budak nakal! Itulah istilah yang dapat digambarkan kepada pemain yang bakal menyertai gergasi Serie A, Mario Balotelli. Bintang muda ini akan melengkapkan perpindahan hari ini jika melepasi ujian kesihatan. Namun, kehadiran Mario Balotelli dalam bola sepak Inggeris selama 3 musim cukup untuk dikenang oleh penyokong City mahupun penyokong pasukan lawannya. 

Penyerang Itali yang merupakan anak kepada imigran Ghana ini muncul antara bintang muda berbakat di Inter Milan sebelum kembali bersama Roberto Mancini di Manchester City. Namun, kegagalan mengawal sikapnya baik di dalam mahupun di luar padang telah menjejaskan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional. 

Pelbagai kontroversi yang ditimbulkan oleh Balotelli seperti pergaduhan dengan rakan sepasukan, insiden kad merah, aksi lucu kegagalan memakai bib ketika di Ukraine dan terbaru pergeseran dengan Mancini. Namun, Mancini hari ini menyatakan kerelaannya melepaskan Balotelli pergi demi perkembangan karier pemain muda itu. Ayuh ikuti rentetan kisah 3 musim Super Mario di Manchester City yang bakal dirindui peminat bola sepak Inggeris.


BUNGA API... masihkah anda ingati insiden ini?
KERAS... Balotelli digantung empat perlawanan kerana insiden ini. 
BUDAK NAKAL... Balotelli sering melakukan terjahan yang tidak sepatutnya kepada pihak lawan.


Mampukah Super Mario berdikari di Milan?

Foto: Dailymail, Twitter