| LAGENDA... Pires merupakan ahli Invincible Gunners pada musim 2003-2004. Foto: Dailymail |
Menghabiskan enam musim cemerlang bersama Arsenal, Robert Pires berjaya menjaringkan 62 gol dan tidak terkira jumlah bantuan gol yang disumbangkan dari bahagian sayap. Bekas bintang Arsenal dan Villarreal ini bersara dari bola sepak profesional pada 2011 namun Rabu lalu dia diberikan peluang beraksi kembali. Kali ini bersama pasukan media Perancis.
Menentang pasukan media Jerman, Pires dan rakan sepasukan mudah menjinakkan lawan 8-2 menerusi persembahan cemerlang bekas pemain antarabangsa Perancis itu. Menariknya, dari lapan gol yang dihasilkan, Pires menyumbangkan 7 bantuan gol untuk pasukannya.
Jom saksikan antara rangkuman gol-gol yang dihasilkan dalam perlawanan terbabit.
Media Perancis lwn Media Jerman <------ Klik link
Social Plugin