MUNGKINKAH PERANG BAKAL BERLAKU DI PSG?

BERTEMU... Ibrahimovic bakal bergandingan dengan Beckham di PSG. Foto: The Sun
Bagaimanakah agaknya apabila dua pemain seteru digandingkan dalam sebuah pasukan? Tak pernah terfikir tapi cuba anda bayangkan. Hakikatnya, itulah yang bakal berlaku di Paris Saint Germain (PSG) apabila seteru, David Beckham dan Zlatan Ibrahimovic disatukan dalam sebuah pasukan.

Kembali kepada flashback, mungkin ada diantara anda yang tidak tahu akan persengketaan ini. Namun, itu yang berlaku ketika Beckham beraksi untuk Manchester United menentang Ajax yang diwakili Ibrahimovic. 

Insiden tercetus apabila Rio Ferdinand dan Phil Neville menjatuhkan Ibrahimovic di luar kotak penalti. Ibra yang berang mahu menyerang Neville namun Beckham datang untuk mempertahankan rakan sepasukannya. Jom saksikan bagaimana insiden itu berlaku dan bagaimana agaknya untuk Carlo Ancelotti untuk menguruskan mereka?