JANGAN SALAHKAN SUAREZ!

Dia sering dikutuk, menjadi bahan troll, dan pelbagai lagi cacian dan tomahan yang dilemparkan kepada bintang Liverpool dan Uruguay, Luis Suarez. Masihkah anda ingat akan aksi menyelamat Suarez ketika Uruguay menentang Ghana di Piala Dunia 2010? Angkara insiden itulah Ghana terpaksa ditunjukkan jalan keluar dari pusingan kalah mati. Semuanya menuding jari kepada Suarez.

Terbaru, insiden gol jaringan 'tangan Tuhan' Suarez ketika menang 2-1 ke atas Macclesfield Town. Suarez dikecam hebat oleh penyokong namun bukanlah salahnya jika pengadil sendiri yang mengesahkan jaringan terbabit. Jadi, mengapa perlu salahkan Suarez? Putbolanews ada jawapan mengapa tangan menjadi pilihan Suarez.


Foto: Yahoo 

Foto ini dirakamkan semasa latihan terbaru skuad Uruguay menjelang perlawanan persahabatan menentang Sepanyol di Qatar malam ini, sama waktu dengan perlawanan tuah rumah dan Harimau Malaya. Jangan salahkan Suarez!