Peranan yang dimainkan seseorang pengurus itu amat penting dalam sesebuah pasukan. Untuk itu, tidak hairanlah beberapa pasukan sanggup menukar pengurus mereka secara kerap bagi mencapai kejayaan dalam masa yang singkat. Namun, terdapat juga pasukan yang mengekalkan pengurus tetapi tidak memenangi sebarang piala.
Berikut adalah senarai pengurus yang menerima bayaran tahunan tertinggi yang dipetik dari laman web sukan, Talk Sport: -
10. José Antonio Camacho (€6.1 juta-setahun)
Bekas pengurus Real Madrid dan Sepanyol ini kembali bernafas meneruskan karier pengurusan sebagai pengurus pasukan kebangsaan China. Dengan budaya bola sepak yang semakin berkembang saban hari, tarikan pemain bintang dunia ke kelab China membantu perkembangan bola sepak negara terbesar di Asia itu.
Agak memeranjatkan apabila pengurus terbaik liga Inggeris sepanjang dua dekad ini hanya berada di tangga ke-9. Jika dilihat kepada rekodnya, Sir Alex sewajarnya berada sekurang-kurang di tangga tiga tertinggi bayaran untuk seseorang pengurus.
8. Roberto Mancini – Man City - (€7.6 juta-setahun)
Membayangi di kedudukan Sir Alex, adalah pengurus musuh setempatnya, Roberto Mancini. Pengurus berbangsa Itali ini menjadi nadi menukar City menjadi gergasi Eropah. Mancini berjaya membawa kelab Eastland itu memenangi trofi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 1968. Natijahnya, Mancini dianugerah gaji tahunan bernilai €7.6 juta setahun.
7. Fabio Capello – Russia - (€9.2 juta-setahun)
Bekas pengurus England, Fabio Capello berada di tangga ketujuh, menerima €9.2 juta setahun selepas dilantik sebagai pengurus baru Russia. Walaupun menerima gaji yang tinggi, ianya masih gagal menempatkan Capello dalam tiga pengurus menerima bayaran tertinggi.
6. Arsene Wenger – Arsenal - (€9.4 juta-setahun)
Walaupun menentang financial fair play dan mengawal ketat struktur gaji di Arsenal, pengurus berbangsa Perancis ini menerima €9.4 juta setahun. Selepas hampir 17 tahun di kelab, Wenger berjaya merevolusikan Arsenal tetapi dek kerana gagal membawa pulang trofi hampir lapan musim, timbul isu meragui kredibilitnya. Bagaimanapun, Wenger bukanlah pengurus liga Inggeris yang menerima bayaran tertinggi.
5. Kenny Dalglish – Liverpool - (€10 juta-setahun)
4. Guus Hiddink – Anzhi Makhachkala - (€10.8 juta-setahun)
Bekas pengurus Real Madrid, Chelsea dan Russia, Guss Hiddink kini bertindak sebagai pengurus di kelab kaya Russia, Anzhi Makhackala. Kejayaan membawa Anzhi di tangga kedua liga buat masa ini memperlihatkan bayaran yang diterima Hiddink adalah berlebihan dari sepatutnya. Ia akan berbaloi sekiranya Hiddink membawa Anzhi memenangi trofi pertama mereka.
3. Marcello Lippi - Guangzhou Evergrande - (€11 juta-setahun)
Pemenang Piala Dunia bersama Itali di berada di tangga ketiga. Satu lagi nama besar dalam pengurusan bola sepak namun beliau memilih meneruskan kerjayanya jauh dari Eropah, ke Asia bersama pasukan Liga Super China, Guangzhou Evergrande. Dibayar dengan nilai €11 juta setahun, Lippi berjaya mengungguli liga dan piala bagi mencatat kejuaraan berganda pada 2012. Berbaloi pada nilainya.
2. Carlo Ancelotti – PSG - (€12 juta-setahun)
Seorang lagi bekas pengurus Chelsea yang berada dalam senarai 10 tertinggi. Carlo Ancelotti kini menguruskan kelab kaya, Paris Sait-Germain yang dinaungi oleh jutawan Qatar. Dengan bayaran €12 juta setahun, ia meletakkan Carlo ditangga kedua. Siapakah agaknya di tangga pertama?
1. Jose Mourinho - Real Madrid - (€14 juta-setahun)
'The Special One'! Nombor satu adalah tempatnya. Itulah dia pengurus Real Madrid, Jose Mourinho. Telahpun merekodkan 20 trofi utama sepanjang karier cemerlangnya, nilai €14 juta yang dibayar Madrid adalah sesuai dengan kredibilitnya namun masa depan pengurus berbangsa Portugis ini masa tidak jelas. Mungkinkah dia akan menerima lebih pampasan jika meninggalkan Madrid?
Sumber: TalkSport
Social Plugin