| SUPPORT... Ronaldo membantu kanak-kanak malang di Palestin. Foto: Defence |
Pastinya anda terlepas menyaksikan perlawanan hebat yang menyaksikan kebangkitan Portugal mengikat Israel selepas ketinggal 1-3 kerana menyaksikan perlawanan getir membabitkan Malaysia dan Yaman bukan? Di sini, penulis bukanlah mahu menekankan keputusan perlawanan tetapi sikap yang ditunjukkan bintang Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Seperti sedia maklum, pemain termahal dunia ini menyokong Palestin dan membantah tindakan Israel berhubung konflik kedua-dua negara terbabit. Dan hasilnya, Ronaldo dilihat enggan menukar jersi dengan mana-mana pemain Israel sebagai tanda sokongan terhadap Palestin.
Ronaldo ketika tiba di bumi Israel sehari sebelum perlawanan ada meletakkan gambarnya bersama rakan sepasukan. Namun, beliau menerima komen yang sebaliknya dari peminat, rata-rata mereka menyatakan ianya bumi Palestin dan bukan Israel.
![]() |
| ISU... klik foto ini utuk paparan yang lebih jelas. Foto: 101greatgoals |
Ini bukanlah kali pertama Ronaldo menunjukkan kesetiaannya terhadap Palestin. Dia pernah memberikan Kasut Emasnya pada 2011 untuk dilelong dengan dana sebanyak €1.5 juta yang diperolehinya disumbangkan untuk kanak-kanak Gaza bagi membina sekolah.
Pada tahun terbabit juga, Ronaldo pernah menjual hampir semua koleksi but bola sepak dan kasut sukannya di Real Madrid Foundation dan dihulurkan kutipan jualan terbabit untuk pembinaan sekolah di Gaza.
Sumber: Stopwar, Thenewstribe

Social Plugin