SESUATU YANG MENGEJUTKAN BUAT SHEBBY DI EWOOD PARK

KEJUTAN... McDonough mohon kerusi panas di Ewood Park. Foto: Metro
Kelab Liga Kejohanan, Blackburn Rovers minggu lalu memecat pengurus mereka, Michael Appleton, hanya baru dua bulan menguruskan kelab. Pengurus sebelum ini, Henning Berg turut mengalami nasib yang sama selepas disingkirkan walau hanya baru membimbing kelab selama 57 hari sahaja.

Peminat terus mempersoalkan tindakan pemilik kelab dari India dengan Pengarah Urusan, Balaji Rao mempertahankan tindakan terbabit. Tindakan menyingkirkan Appleton dilaporkan ada kaitan dengan Penasihat Global kelab, Shebby Sigh. Menurut akhbar Independent

INTAI... Shebby dilapor turut mengintai peluang menguruskan Blackburn Rovers. Foto: Football365
Shebby dilaporkan mahu menjadi pengurus di Blackburn Rovers tetapi dia kini berdepan krisis hubungan dengan seorang lagi Pengurus Urusan, Derek Shaw.

Namun, ada yang lebih menarik berlaku di Ewood Park. Shebby perlu berdepan dengan peminat pasukan lawan, Burnley, James McDonough yang memohon jawatan pengurus di Blackburn Rovers. Apa komen Shebby dan adakah McDonough pesaingnya dalam mendapatkan jawatan di Ewood Park?