EKSLUSIF: SIAPA PENGGANTI JERSI NOMBOR 7 LIVERPOOL?

DAPATKAN SAYA... Suarez bertegas mahu tinggalkan Liverpool. Foto: Guardian.
Liverpool kini berdepan situasi getir kehilangan penyerang utama mereka, Luis Suarez yang mahu meninggalkan kelab. Namun, melihatkan situasi semasa, agak sukar bagi The Reds melepaskan Suarez. 

Penjaring terbanyak Bundesliga, Stefan Kiessling baru sahaja menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama Bayer Leverkusen, sekaligus meletakkan namanya terkeluar dari senarai pendek pengganti 'Nombor 7' Liverpool.

Robert Lewandowski bersedia menyertai Bayern Munich musim depan dan pemain bernilai seperti Stevan Jovetic, Gonzalo Higuain, David Villa dan Alvaro Negredo telahpun melengkapkan perpindahan mereka. 

Juventus pula berjaya mendapatkan bintang serangan terbaik, Fernando Llorente secara perpindahan percuma dan penyerang Manchester City, Carlos Tevez, pada harga yang berbaloi.

Jadi, sekiranya Luis Suarez meninggalkan Liverpool, siapakah alternatif terbaik Brendan Rodgers untuk mengetuai jentera serangan Liverpool? Berikut merupakan pengganti berpotensi 'nombor 7' di Anfiled (SunSport):-

Jackson Martinez

PROLIFIK... Martinez cemerlang sejak sertai FC Porto. Foto: Talksport.
Penyerang berbisa Colombia, Jackson Martinez menjaringkan 26 gol dalam 30 penampilannya bersama FC Porto musim lepas dan menjadi antara pemain yang paling dikehendaki di Eropah.

Brendan Rodgers perlu bertindak pantas menyambar Martinez kerana presiden Napoli, Aurelio De Laurentis telah mengesahkan minatnya terhadap penyerang antarabangsa Colombia ini.

Kekuatan dan kepantasan yang ada pada Martinez merupakan penambahan terbaik ke dalam skuad Liverpool namun kualiti yang ada padanya mungkin menyebabkannya memilih aksi Liga Juara Juara dari dari sekadar beraksi di liga domestik.

Luis Muriel

WONDERKID... Muriel diwar-warkan bakal menjadi peledak utama di Eropah. Foto: Goal.com
Telahpun dibandingkan dengan rakan senegaranya, Radamel Falcao dan lagenda Brazil, Ronaldo, Muriel mempunyai masa depan yang cerah dalam bola sepak.

Dia menjaringkan 11 gol dalam debut penuhnya bersama Udinese, berjaya menarik minat banyak kelab besar Eropah untuk mendapatkannya. Dengan perbincangan ejen yang tidak begitu sukar di Itali, The Reds mampu mendapatkan pemain muda berbakat ini lebih murah berbanding ketika mendapatkan Suarez.

Pada usia 22 tahun, dia bakal menjadi aset penting kelab pada masa depan dan telahpun bersedia melakukan impak segera di Anfield.

Roberto Soldado

REBUTAN... Soldado diintai Tottenham namun tawaran Spurs ditolak minggu lalu. Foto: Uefa.
Soldado telahpun membuktikan rekod jaringan prolifiknya, 81 gol dari 141 penampilan untuk Valencia. Pengurus Tottenham, Andre Villas-Boas mengakui berminat mendapatkan penyerang ini namun kelab Sepanyol itu mengangguhkan perbincangan sehingga klausa pelepasan bernilai £26 juta dipenuhi.

Tidak seperti Suarez, pemain antarabangsa Sepanyol ini pastinya menjanjikan pulangan gol yang banyak jika mana-mana melakukan pelaburan ke atasnya.

Oscar Cardozo

TERGENDALA... Perpindahan Cardozo masih belum dapat direalisasikan. Foto: Zombio.
Penyerang antarabangsa Paraguay ini menjadi pujaan peminat Benfica selepas konsisten menjaringkan gol selama enam musim di Estadio da Luz.

Hubungan Cardozo musim lepas dilihat mula dingin dengan pengurus, Jorge Jesus dengan Fenerbahce dan Cardiff City menunjukkan minat mendapatkan penyerang ini. Namun, kedua-dua kelab sehingga kini, enggan membayar lebih dari £13 juta untuk penyerang berusia 30 tahun itu.

Sebaliknya, Benfica hanya akan menerima bidaan sekurang-kurangnya £15 juta untuk Cardozo. Apapun, Cardozo mungkin menjadi peledak utama di Anfield dengan sentuhan penyudahnya.

Leandro Damiao

DIINTAI... Damaio bakal ke Eropah dalam jangka masa terdekat. Foto: Thelionspitch.
Siri kecederaan menyebabkan penyerang Internacional berusia 24 tahun ini ketinggalan di belakang hero Brazil, Fred. Penyerang yang lama diintai Tottenham ini diminati banyak kelab Liga Perdana tetapi Damiao pastinya tidak akan meninggalkan kelab pada harga yang murah.

Sebarang pelaburan ke atas Damiao pastinya menjadi satu risiko buat kelab tetapi dengan potensi yang dimilikinya, pastinya penyerang muda ini akan menjadi duri dalam daging buat pertahanan lawan di Liga Perdana.

Pablo Osvaldo

HIJRAH... Osvaldo dijangka tinggalkan Roma musim panas ini. Foto: Lifesapitch.
Penyerang AS Roma ini dikaitkan dengan perpindahan ke Valencia dan Fulham tetapi setakat ini tiada sebarang perbincangan dilakukan. Penyerang berusia 27 tahun ini menjaringkan 16 gol di Serie A musim lepas dan meraih 8 kaps bersama skuad Azzurri.

Rodgers mungkin berjaya mendapatkan Osvaldo pada harga yang murah.

Fred

BERBALOI... Kualiti yang ada pada Fred mampu dibeli pada nilai yang rendah. Foto: Latimes.
Mungkin bukanlah sasaran utama Rodgers yang mementingkan penyerang muda namun penyerang ini masih mampu menawarkan sesuatu untuk dibuktikan.

Dilaporkan dia mungkin dibenarkan meninggalkan Fluminense pada nilai bawah £2 juta dan memiliki pengalaman di Eropah bersama Lyon. 

Pada nilai rendah dan taraf pemain antarabangsa Brazil, pembelian Fred mungkin menjadi pembelian berbaloi untuk pemain 'nombor 7' Liverpool.

wanchel