Seperti kita sedia maklum, pasukan merseyside, Everton baru melancarkan rekabentuk jersi home terbaru mereka musim ini. Berikut merupakan iklan jersi home musim 2013/14 Everton musim depan:-
Namun, ini bukanlah perkara yang mahu diutarakan penulis. Hanya sekadar untuk mengingatkan pembaca akan rekabentuk jersi kelab terbabit. Pengurus baru Toffees, Roberto Martinez berusaha mengekalkan momentum pasukan untuk musim depan dengan membawa empat nama baru seperti Arouna Kone (Wigan), Antolin Alcaraz (Wigan), Joel Robles (Atletico Madrid) dan meminjam Gerard Deulofeu dari Barcelona.
Bagi mempromosikan jersi kelab, kedai rasmi kelab menonjolkan jersi tiga pemain baru namun, mereka nampaknya perlu masuk ke sekolah rendah bagi belajar mengeja. Bagaimanakah ejaan nama Deulofeu ya?
Foto: Daily Mail, 101greatgoals
Social Plugin