SUAREZ.. YOU'LL BE ALONE

Mungkinkah ini petanda penyerang Liverpool, Luis Suarez bakal meninggalkan kelab? Penyerang antarabangsa Uruguay ini dilihat bermain berseorangan di satu sudut ketika rakan sepasukan yang lain bermain permainan video FIFA13 bersama di satu ruangan lain.

KESEORANGAN... Suarez (dalam bulatan) bermain FIFA13 berseorangan. Foto: 101greatgoals.
Luis Suarez sebelum ini secara terangan menyatakan hasratnya meninggalkan Liverpool dengan pelbagai alasan seperti muak dengan sikap media Inggeris, mahukan trofi, keingingan beraksi di Liga Juara Juara dan pelbagai lain lagi. Mungkinkah Suarez bakal meninggalkan Liverpool sebelum pintu perpindahan di tutup bulan depan? You'll be alone, Suarez!