Pertahanan Atletico Madrid, dilaporkan didakwa atas kesalahan berpakat dengan gandingan pertahanannya, Miranda bagi mendatangkan kecederaan kepada bintang terbaik dunia, Lionel Messi, dalam perlawanan timbal balik pertama Piala Super Sepanyol semalam yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat satu sama di Vicente Calceron.
Rakaman oleh stesen televisyen al-Jazeera itu menunjukkan Godin berkomunikasi dengan Miranda mengenai kecederaan Messi (thigh strain). Isyarat 'genggaman tangan' selepas komunikasi terbabit mencetuskan persoalan samada dia dan Miranda sengaja mahu mendatangkan kecederaan kepada Messi ataupun mahu menambah kecederaan penyerang Barcelona itu.
Foto: al-Jazeera
Social Plugin