Jersi khas buat lagenda Serie A


Kelab Itali, Lazio hari ini bersama pengeluar jersi pasukan, Macron mengeluarkan jersi Limited Edition Home Kit sempena ulangtahun ke-100 lagenda, Silvio Piola. Siapa Piola?

Salvio Piola dilahirkan pada 29 September 1913, bermain untuk Lazio antara tahun 1934 hingga 1943. Piola merupakan pemegang rekod jaringan terbanyak Serie A (290 gol) dan berjaya memenangi Piala Dunia 1938 bersama Itali, menyaksikan beliau menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir.


Jersi baru Lazio 13-14 Silvio Piola Sepacial Home Kit ini akan digunakan membabitkan perlawanan Serie A Lazio menentang Fiorentina pada 6 Oktober ini. Jersi Piola ini terhad untuk 913 unit sahaja pada harga €119. Lebih menarik lagi, ia hanya boleh didapati pada saiz L sahaja, saiz yang digunakan Piola satu ketika dahulu.


Berikut merupakan gambaran lebih jelas jersi Lazio 13-14 Piola Specail Home Kit :-







Foto/Sumber: PESedit