Penghargaan RvP buat sang setia


Terbaik daripada RvP!

Anda mungkin tidak dapat mengetahui siapa penyokong paling tegar Belanda sepanjang kempen Piala Dunia. Mengikut pelbagai laporan, 'Jeneral the Oranje' telah mengikuti semua aksi pasukannya sejak dari kejohanan Piala Dunia 1994.

Kesetiaannya pasti tidak terlepas pandang oleh skipper, Robin van Persie.

Selepas berjaya mencatat kemenangan 3-0 ke atas Brazil awal pagi tadi untuk meraih tempat ketiga, van Persie pergi ke arah 'Jeneral the Oranje' dan memberikannya penghargaan lilitan lengan kapten dan medal kejohanan.

Satu kenangan paling indah buat 'Jeneral the Oranje'!