Usai Piala Dunia, Siapa bakal warnai Liga Perdana Inggeris?

Berakhir sudah kempen Piala Dunia. Tumpuan kini beralih kepada pramusim Liga Perdana Inggeris. Siapa pemain sasaran kelab Inggeris ketika jendela musim panas ini dibuka? Berikutan merupakan spekulasi perpindahan 20 kelab Inggeris bagi musim 2014-15.

+ Semua 20 kelab divisyen teratas berusaha memperkuatkan pasukan
+ chelsea mahu Sami Khedira, Filipe Luis dan Didier Drogba
+ Manchester City intai Eliaquim Mangala dan Mehdi Benatia
+ Liverpool mahu menggunakan dana penjualan Luis Suarez untuk Wilfred Bony
+ Louis van Gaal mahu bawa tiga pertahanan dan Arturo Vidal

Arsenal


Penjaga gol Nice bernilai £4juta, David Ospina merupakan sasaran utama Gunners dengan penjaga gol Norwich, John Rudy merupakan alternatif. Dengan Sami Khedira mungkin ke Chelsea, Wenger bakal beralih kepada pemain tengah Bayer Leverkusen, Lars Bender yang bernilai £23 juta. Pertahanan kanan Southampton, Calum Chambers juga dikaitkan ke Stadium Emirates.

Aston Villa

Paul Lambert mahu membawa Troy Deeney dari Watford ke Villa Park namun £7 juta diperlukan kelab bagi mendapatkan bintang itu. Egen bebas, Esteban Cambiasso merupakan salah satu opsyen tetapi Villa perlu bersaing dengan kelab lain bagi mendapatkannya manakala pertahanan Nottingham Forest, Jamaal Lascelles akan menelas kos sekurang-kurangnya £6 juta.

Burnley

Telah dua kali membida Troy Deeney dari Watford. Pengurus, Sean Dyche cuba mendapatkan Lukas Jutkiewicz dari Middlesborough. Pertahanan West Brom, Craig Dawson mahu menyertai pasukan namun majikannya enggan melepas pertahanan tersebut.

Chelsea
KHEDIRA... cemerlang sepanjang kempen Piala Dunia FIFA di Brazil. Foto: Express
 Jose Mourinho yakin berjaya mendapatkan Sami Khedira dari Real Madrid pada harga £20 juta sementara pertahanan Atletico dipercayai akan berpindah ke barat London dengan harga £18 juta. Penyerang lagenda, Didier Drogba mungkin kembali ke Stamford Bridge.

Crystal Palace

Tony Pulis berusaha mendapatkan pertahanan Cardiff City, Steven Caulker dengan harga £8 juta tetapi mendapat saingan pasukan baru dipromosi, QPR. Perpindahan Fraizer Campbell masih dalam perbincangan. Pulis merupakan peminat pemain tengah Swansea City, Jonjo Shelvy tetapi majikannya mahu sekurang-kurangnya £9 juta untuk pemain tengah England itu.

Everton
TRAORE... bakal sertai Toffes sekali lagi secara pinjaman semusim. Foto: Express
Roberto Martinez mengimpikan kepulangan Romelu Lukaku ke Goodison Park tetapi penyerang muda Belgium itu turut dikehendaki Wolfsburg. Beliau mungkin memilih meminjam Demba Ba dan penyerang Monaco, Lacina Traore sambil perbincangan mengenai perpindahan pemain tengah Ferencvaros, Muhamed Besic masih berlangsung.

Hull City

Steve Bruce mahukan pertahanan tengah Spurs, Michael Dawson tetapi pemain itu mahu kekal di London. Bruce dilapor sedang membida pamin Dunddee United, Andy RObertson dengan pemain muda Chelsea, Kenneth Omeruo sebagai opsyen.

Leicester City

Mencari penyerang prolifil merupakan agenda Nigel Pearson. Brighton mahu £10 juta bagi Leonardo Ulloa. Penyerang Sunderland, Caonnor Wickham dan bintang QPR, Charlies Austin merupakan alternatif lain.

Liverpool
LOVREN... Impi peluang beraksi untuk The Reds. Foto: Mail
Penyerang Southampton,  merupakan sasaran utama dengan harga yang diminta Swansea untuk Wilfred Bony terlalu tinggi. Loic Remy merupakan pilihan lain. Pertahanan Southampton, Dejan Lovren, Ben Davies (Swansea) dan Ryan Bertrand (Chelsea) antara sasaran The Reds.

Manchester City
BENATIA... antara pertahanan terbaik Serie A musim lepas. Foto: Caayaro
Perbincangan mengenai perpindahan bernilai £32 juta Eliaquim Mangala dari Fc Porto masih berlangsung dengan pertahanan itu lebih cenderung ke Chelsea atau Manchester United. Untuk itu, Mehdi Benatia merupakan opsyen lain. Kerisauan mengenai masa depan Yaya Toure bakal mendorong City membawa masuk Paul Pogba dari Juventus.

Manchester United
VIDAL...pilihan skuad baharu van Gaal. Foto: Yahoo Sports
Louis van Gaal cuba membawa masuk Arturo Vidal bernilai £35 juta dari Juventus. Duo pertahanan, Mats Hummels dari Borussia Dortmund dan Thomas Vermaelen (Arsenal) merupakan target lain.

Newcastle United

Bidaan £9.5 juta dipersetujui Montpellier untuk pemain tengah Remy Cabella. Penyerang Monaco, Emmanuel Rivier akan menelan kos £6 juta dan Magpies mungkin berdepan saingan United bagi mendapatkan pertahanan kanan Feyenoord, Daryl Janmaat.

QPR

Perbincangan mengenai Rio Ferdinand ke Loftus Road mungkin diselesaikan minggu ini dengan bidaan £5 juta untuk penyerang Ajax, Kolbeinn Sigthorsson ditolak juara Belanda tersebut. Jika Steven Caulker memilih untuk sertai Palace, QPR akan beralih kepada pertahanan Spurs, Micahel Dawson.

Southampton

Mungkin mendapatkan pemain sayap Arsenal, Serge Gnabry dalam perpindahan Calum Chambers ke Emirates. Ronald Koeman juga meminati pemain Celtic, Virgil van Dijk dan Fraser Forster dan penjaga gol Cardiff, David Marshall.

Stoke City
BOJAN... mungkin dipinjamkan lagi dan kali ini ke Liga Perdana Inggeris. Foto: cruijff
Swansea melakukan pertanyaan untuk meminjam Bojan dari Barcelona dan mendapatkan Troy Deeney, bersetuju dengan permintaan Monarcas Morelia sebanyak £4 juta untuk Jefferson Montero dan mahu mendapatkan Nick Powell dari Manchester United secara pinjaman semusim. Perpindahan pemain Bosnia, Anel Hadzic juga dibincangkan.

Tottenham Hotspurs

Mahu mendapatkan Wilfred Bony bernilai £19 juta selepas buntu mendapatkan Romelu Lukaku. Mereka turut memburu Morgan Schneiderlin dari Southampton, Ben Davies (Swansea) dan Serge Aurier (Toulouse).

West Bromwich Albion

Alan Irvine mahu membawa Jack Rodwell secara pinjaman dari Manchester City. Beliau juga bersetuju meminjam Andre Wisdom dari Liverpool dan hampir pasti mendapatkan Matt Ritchie dari Bournamouth.

West Ham United

Mereka telah bersetuju dengan yuran perpindahan Enner Valencia dari Pachuca dan melakukan pertanyaan untuk pemain Young Boys, Michael Frey. Sasaran lain termasuk Esteban Cambiasso secara percuma, Jonathan Soriano (Red Bull Salzburg) dan Antonio Rudiger (Stuttgart). - Mail