Kebanyakan akhbar tempatan melabelkan skuad Harimau Malaya bimbingan Dollah Salleh berada dalam ‘kumpulan maut’. Alasannya, mudah. Malaysia ditempatkan bersama dua finalis kejohanan dua tahun lalu, Singapura dan Thailand.
Memetik kenyataan Dollah yang siarkan Berita Harian semalam, anak kelahiran Melaka itu nyata bersedia diundi dengan mana-mana pasukan.
Katanya, apabila beraksi di Jalan Besar, penyokong lebih mudah digerakkan.
Berbalik kepada undian, pasukan kebangsaan sewajarnya menarik nafas lega kerana jika diikutkan prestasi semasa, dua pasukan dalam Kumpulan A, Vietnam dan Filipina berada dalam rangking lebih baik, pada kedudukan ke-129 dan 128.
Vietnam mencatat rekod bersih dua kemenangan dalam dua perlawanan dalam 2014 apabila menundukkan Hong Kong, 3-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 dan membelasah Myanmar, 6-0 di gelanggang sendiri.
Memetik kenyataan Dollah yang siarkan Berita Harian semalam, anak kelahiran Melaka itu nyata bersedia diundi dengan mana-mana pasukan.
“Untuk undian esok (semalam), tiada siapa pun saya nak elak sebab semua pasukan bagi saya tahap mereka sama saja dengan kita. Jika nak elak Singapura, Vietnam atau pun Indonesia, pasti kita akan diundi juga di kalangan mereka.”
Penolong Pengurus Harimau Malaya, Datuk Hamidin Mohd. Amin pula dalam Utusan Malaysia hari ini menyifatkan undian tersebut adalah munasabah kerana pasukan kebangsaan lebih ‘gemar’ beraksi di Singapura berbanding Vietnam.
Dollah Salleh, Berita Harian 5 Ogos
Katanya, apabila beraksi di Jalan Besar, penyokong lebih mudah digerakkan.
Berbalik kepada undian, pasukan kebangsaan sewajarnya menarik nafas lega kerana jika diikutkan prestasi semasa, dua pasukan dalam Kumpulan A, Vietnam dan Filipina berada dalam rangking lebih baik, pada kedudukan ke-129 dan 128.
Vietnam mencatat rekod bersih dua kemenangan dalam dua perlawanan dalam 2014 apabila menundukkan Hong Kong, 3-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 dan membelasah Myanmar, 6-0 di gelanggang sendiri.
![]() |
| JUARA... Singapura muncul juara edisi lalu. Foto: Goal.com |
Pasukan ‘campuran’ Filipina wajar diberikan perhatian jika prestasi semasa mereka diambil kira. Pasukan bimbingan Thomas Dooley pada Mei lalu menjadi naib johan Piala Cabaran AFC 2014 apabila tewas 0-1 kepada Palestin di perlawanan akhir.
Mereka mencatat empat kemenangan, empat seri dan tiga kekalahan sepanjang 2014 termasuk dua seri menentang Harimau Malaya.
Satu lagi pencabar, Indonesia dianggap pasukan liat apabila hanya tewas tipis sebanyak dua kali dari lapan aksi sepanjang 2014. Anak buah Alfred Riedl itu tewas 0-1 di Dammam kepada Arab Saudi dan tewas dengan jumlah jaringan yang sama kepada Cuba di Alzira, Sepanyol.
Selebihnya, lima kemenangan masing-masing ke atas Andorra dengan 1-0, Villarreal B (1-0), ASEAN All-Stars (1-0), Pakistan (4-0) dan Nepal (2-0). Aksi persahabatan terakhir menyaksikan pasukan Garuda itu mengikat Qatar dengan keputusan 2-2.
Sebaliknya, ‘kumpulan maut’ yang dimainkan media diisi oleh pasukan yang berada pada kedudukan yang lebih jauh rendah rangking mereka berbanding Vietnam dan Filipina.
Skuad Singapura di rangking 154, Malaysia (151) dan Thailand (157). Apakah hanya sekadar retorik untuk membayangkan betapa jauhnya kedudukan rangking Harimau Malaya yang hanya menokok dua anak tangga dalam senarai rangking yang dikeluarkan FIFA pada 17 Julai lalu?
Harimau Malaya sedikit ‘kebal’ tahun ini apabila ‘berjaya’ mengekalkan rekod tanpa kalah dengan seri tanpa jaringan dengan Filipina dalam perlawanan timbal balik dan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Yaman di tempat lawan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2015.
Sebaliknya, pasukan Gajah Putih, Thailand menjadi mangsa kebangkitan Lubnan apabila tunduk 2-5 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2015. Satu lagi aksi 2014 menyaksikan Thailand berjaya mengikat Kuwait 1-1 di Stadium Rajamangala.
Tidak banyak maklumat mengenai kekuatan tuan rumah, Singapura yang dibimbing Bernd Stange apabila hanya beraksi dua kali sepanjang tahun ini. Pasukan tersebut tewas 1-3 kepada Jordan dan Oman dalam Kelayakan Piala Asia 2015.
Meskipun kurang beraksi cemerlang sepanjang 2014, Singapura dilihat mempunyai ‘aura’ dalam kejohanan ini apabila muncul empat kali sembilan edisi kejohanan.
Persoalannya, di manakah letaknya kumpulan maut seperti yang digembar-gemburkan? Suka untuk saya petik kata-kata jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee dalam Utusan Malaysia hari ini.
“Kedua-dua kumpulan tidak banyak beza. Semua pasukan berada di tahap tertinggi dan bersedia untuk beraksi. Tiada istilah pasukan pilihan kerana setiap perlawanan tidak kira siapa yang bertemu ibarat perlawanan akhir.”
Ong Kim Swee, Utusan Malaysia 6 Ogos 2014



Social Plugin