Keterujaan kanak-kanak temu Bale!


Pemain sayap Real Madrid, Gareth Bale menjadi bintang termahal di dunia selepas berpindah ke Madrid musim panas lalu.

Semalam menyaksikan Real Madrid menjuarai Piala Super Eropah apabila menewaskan Sevilla, 2-0 di Stadium Cardiff.

Namun, ada sesuatu yang menarik berjaya dirakam lensa sebelum detik kemenangan Madrid.

Kanak-kanak tempatan tempat kelahiran Bale seakan tidak percaya akan tuah yang dimilikinya.

Dia berpusing ke belakang melihat Bale di belakangnya. Satu reaksi terbaik yang berjaya dirakam lensa!