
Pelbagai foto mula tersebar hari ini mengenai kerosakkan yang dilakukan penyokong Galatasaray di Stadium Emirates pada perlawanan Liga Juara Juara Eropah Rabu lalu.
Tatkala pemain Galatasaray ditewaskan 4-1 di atas padang, sebaliknya berlaku di tempat duduk penonton. Penyokong lawan menggila!
Selain daripada melemparkan suar ke dalam padang, segelintir penyokong Galatasaray dilapor mencabut dan merosakkan kerusi penonton di Emirates.
Menurut laporan, lebih seratus kerusi yang dirosakkan oleh penyokong kelab Turki tersebut.
Social Plugin