Adama Traore kekal di Nou Camp


Barcelona berjaya memujuk prospek hangat Eropah, Adama Traore untuk kekal di Nou Camp sehingga 30 Jun 2018.

Pemain sayap lincah itu melakukan debut sulung bersama pasukan utama ketika berusia 17 tahun, menentang Granada dan Ajax.

"Saya sangat gembira kerana dapat memenuhi impian beraksi untuk Barca. Hari yang indah buat saya dan keluarga," kata Traore kepada Barca TV.

Tiada pendedahan maklumat lengkap mengenai kontrak yang ditawarkan termasuk klausa perpindahan. Satu langkah awal Barca mengelakkan lebih ramai bakat muda mereka 'dirompak' kelab gergasi Eropah lain.

Foto: 101gg