Don Ballon: 101 Pemain muda terbaik dunia

Majalah Sepanyol, Don Balon baru-baru ini menyiarkan senarai 101 pemain muda terbaik dunia sepanjang tahun ini.

Untuk berada dalam senarai tersebut, setiap pemain perlulah lahir pada atau selepas 1 Januari 1993. Senarai nama ini disiarkan mengikut urutan abjad dan bukannya kualiti mereka. 

Bagi pembaca yang ingin melihat video mereka, anda boleh klik pada pada nama pemain tersebut. Mengikut rekod, senarai nama ini dkeluarkan semula oleh portal bola sepak 101greatgoal.

AARONS... Foto: skysports
1. Rolando Aarons (Newcastle United, 19) – Pemain sayap muda ini memulakan langlkah dalam skuad senior pada musim ini. Berjaya menjaringkan dua gol dalam lima penampilan bersama Magpies dan gol cantiknya menentang City pasti membuatkan namanya terpahat dalam Liga Perdana Inggeris (LPI).

2. Paco Alcacer (Valencia, 21) – Alcacar menjadi perbualan hangat selepas berjaya menjadi pemain utama kelab dan kemudiannya diserap masuk ke dalam skuad Sepanyol pada September lalu. Menggunakan peluang yang diberikan dengan menjaringkan tiga gol daripada lima penampilan antarabangsa.    

3. Eder Álvarez Balanta (River Plate, 21) – Walaupun baharu sahaja menandatangani kontrak senior bersama River tetapi klausa kontraknya mencecah €30juta. Laman web FIFA menggambarkannya sebagai 'pemain kidal yang kental, kuat di udara dan tidak gentar melakukan terjahan serta dianugerahkan skil dan kelajuan.' Balanta dikaitkan perpindahan ke Barcelona dan Inter Milan selepas aksi hebat di Argentina.

GABIGOL... jadi buruan kelab gergasi Eropah. Foto: givemesport.
4. Gabriel “Gabigol” Barbosa (Santos, 18) -  Penyerang muda, Gabigol dikaitkan sebagai "Neymar Baru' selepas muncul daripada akademi Santos. Bermain disamping Robinho, pemain berusia 18 tahun ini berjaya mendapat tempat dalam skuad utama Santos dan menjaringkan 21 gol tahun ini. Jumlah jaringan yang lebih besar berbanding Neymar, Aguero, Suarez atau Falcao dalam musim pertama mereka dalam bola sepak.

5. Ross Barkley (Everton, 20) – Pemain muda berbakat Inggeris yang lahir selepas Paul Gascoigne. Seperti Gazza, kecederaan membantutkan sedikit perkembangannya namun tiap kali beraksi pasti akan memberikan perbezaan kepada pasukannya.

6. Saido Berahino (West Brom, 21) – Penjaring gol terbanyak pemain Inggeris dalam LPI ketika ini. Berahino pastinya diidamkan dalam pemainan Fantasy Football. Pemain muda ini berkelebihan dalam kepantasannya serta mempunyai penyudah yang menakjubkan.

BERARDI... prospek hangat bola sepak Itali. Foto: scoutedfootbal
7. Domenico Berardi (Juventus, dipinjamkan ke Sassuolo, 20) – Musim kedua yang menyeronokkan di Sassuolo, Berardi merupakan prospek hangat bola sepak Serie A. Pemain ini menjadi kunci utama Sassuolo kekal di Serie A musim lalu selepas menjaringkan hatrik menentang Fiorentna dan Sampdoria sebelum meledak empat gol menentang Milan dalam kemenangan tipis, 4-3. 

8. Juan Bernat (Bayern Munich, 21) – Satu pembelian bijak oleh Pep Guardiola. Sama seperti David Alaba dan Phillipp Lahm, Bernat boleh beraksi di bahagian pertahanan dan tengah. menampilkan aksi yang membanggakan sepanjang beberapa bulan awal bersama juara Jerman itu.

9. Isaiah Brown (Chelsea, 17) – The Blues berjaya mengambil produk terbaik West Brom selepas Brown diintai oleh banyak kelab Inggeris. Pemain berusia 17 tahun menjaringkan gol menakjubkan menentang Leicester awal musim ini untuk skuad Bawah 21 Chelsea dan menjaringkan dua gol menentang Itali buat skuad Bawah 19 tahun England.

10. Bruma (Galatasaray, 20) – Pemain sayap Portugas ini baru sahaja menyertai Galatasaray dari Sporting Lisbon musim lepas pada nilai €10juta tetapi berhadapan masalah kecederaan lutut yang serius. Walaupun hampir terlepas aksi 2014, pemain muda ini dikaitkan dengan kelab Merseyside, Liverpool dan Everton.