Penjaga gol lagenda Chelsea, Petr Cech dilaporkan telah mengikat kontrak bersama pasukan seteru kelab barat London itu, Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £11 juta.
Cech dijangka membuat kemunculan sulung bersama The Gunners dalam perlawanan Perisai Komuniti menetang bekas majikannya, Chelsea.
Pemain berasal dari Republik Czech itu baru-baru ini menyatakan keinginannya untuk beraksi secara kerap selepas dilihat lebih banyak memanaskan bangku simpanan.
Ini kerana jurulatih Chelsea, Jose Mourinho lebih cenderung menggunakan penjaga gol muda, Thibaut Courtois sebagai benteng terakhir pasukannya.
Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua kelab berhubung perpindahan tersebut.
Foto: Mail Online
Foto: Mail Online
Social Plugin