Tidak dapat dipastikan mengapa dan kenapa pasukan bawah 20 tahun England dipisahkan mengikut warna kulit.
Mungkin mereka terlupa akan kempen rasis yang dilaung-laungkan selama ini, Daily Mail mendedahkan mengenai tindakan badan bola sepak tersebut membuat pengasingan pemain.
Menurut laporan, pemain berkulit hitam dipisahkan dalam menjalankan aktiviti seperti di kolam renang, latihan berbasikal, makan tengahari dan ketika menjalani latihan.
Foto yang disiarkan seolah-olah mengiakan segala dakwaan yang dilontarkan kepada FA Inggeris.
Apakah mereka lupa akan insiden berbaur perkauman antara pemain Liga Perdana Inggeris sehinggakan disingkirkan daripada pasukan kebangsaan mereka.
Di mana Kick Racist Out Of Football yang dilaungkan mereka?
Foto: Mail Online
Social Plugin