Kehilangan jurulatih, Jurgen Klopp yang cukup sinonim dengan Borussia Dortmund seakan-akan tidak dirasai pasukan Bundesliga itu mudah menjinakkan Skuad Emas Jerman dalam aksi perlawanan pramusim.
Menentang pasukan yang dibarisi rata-rata pemenang emas Olimpik Jerman, Dortmund mudah meratah pasukan tersebut menerusi jaringan hatrik Aubameyang, Hofmann dan Immobile, dua gol sumbangan Blaszczykowski, masing-masing satu oleh Kampl, Maruoka, Reus, Stezel, Castro dan jaringan sendiri Brendel.
Perlawanan yang diadakan di Westfalenstadion berjaya mengutip dana dianggarkan RM1.5 juta bagi disumbangkan kepada badan kebajikan.
Satu rekod yang baik Tuchel, perlahan-lahan nama Klopp bakal dilenyapkan dari pasukan kuning itu.
Sumber: Mail
Social Plugin