“Saya tidak gentar ketika itu (dilanda Tsunami) kerana mahu terus hidup untuk berjumpa keluarga dan menjadi pemain bola sepak.”
Itulah perkataan yang keluar daripada mulut kanak-kanak berusia lapan tahun, Martunis selepas dia dihanyutkan selama 21 hari oleh Tsunami yang melanda Banda Acheh.
Martunis dijumpai oleh wartawan berita Sky ketika bekalan makanannya hampir habis.
Paling mencuri tumpuan, dia memaki jersi nombor 10 Portugal milik bintang Ac Milan, Rui Costa dan kisahnya mendapatkan perhatian antarabangsa terutama rakyat Portugal termasuk bintang Manchester United ketika itu, Cristiano Ronaldo.
Pemain sayap Portugal itu kemudiannya, membantu membina semula kediaman Martunis selepas rumah keluarga kanak-kanak itu musnah dalam bencana Tsunami.
Ronaldo termasuk pasukan kebangsaan Portugal ada beberapa kali menemui Martunis dan kanak-kanak itu menyatakan hasratnya bermain untuk skuad kebangsaan Portugal.
Rabu lalu, impian anak kecil yang kini berusia 17 tahun itu hampir terlaksana apabila dia diperkenalkan sebagai pemain baharu Sporting Lisbon, kelab dimana Ronaldo memulakan karier bola sepaknya.
Martunis bakal bermain untuk pasukan bawah 19 tahun Sporting dan berpeluang mengikut jejak langkah Ronaldo menjadi bintang bola sepak. Selamat maju jaya Martunis!
Foto: reddit
Social Plugin