Persoalan ini kerap bermain difikiran penyokong bola sepak antarabangsa khususnya peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menyaksikan Manchester United dan Tottenham Hotspur berpeluang cerah menjuarai Liga UEFA Europa League (UEL) musim ini.
Ini kerana juara kejohanan berkenaan akan mendapat satu slot automatik untuk beraksi dalam kejohanan Liga Juara Juara Eropah UEFA Champions League (UCL) musim depan.
Untuk rekod, satu slot tambahan telah diberikan UEFA kepada EPL susulan kemenangan Arsenal ke atas Real Madrid di suku akhir UCL baru-baru ini sekali gus menyaksikan sekurang-kurangnya lima kelab Inggeris bakal beraksi di kejohanan tertinggi kelab Eropah itu.
Ketika ini, beberapa kelab seperti Arsenal, Manchester City, Newcastle United, Chelsea, Nottingham Forest dan Aston Villa masing-masing memburu empat lagi tempat ke UCL selepas Liverpool muncul juara liga.
Dengan berbaki tiga perlawanan, apa sahaja boleh berlaku khususnya dalam penentuan kelab yang bakal beraksi di UCL, UEL dan Liga Konferensi (UECL) musim depan.
Newcastle telah mengesahkan tempat ke Liga Konferensi musim depan selaku pemenang Piala Carabao namun jika Magpies layak ke UCL menerusi lima kelab teratas, slot berkenaan akan diisi oleh kelab yang berada di kedudukan teratas tetapi tidak layak ke kejohanan Eropah.
Berikut merupakan kemungkinan untuk slot kelab Inggeris...
𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗔𝗥𝗦𝗘𝗡𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗜𝗚𝗔 𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔
UCL: 1-5, Arsenal (juara UCL)
Liga Europa: 7, Pemenang Piala FA
Liga Konferensi: Newcastle United (Juara Piala Carabao)
𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗕 𝗘𝗣𝗟 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗜𝗚𝗔 𝗘𝗨𝗥𝗢𝗣𝗔
UCL: 1-5, Man United/Tottenham (juara UEL)
Liga Europa: 6, Pemenang Piala FA
Liga Konferensi: Newcastle United (Juara Piala Carabao)
𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗖𝗛𝗘𝗟𝗦𝗘𝗔 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗞𝗘 𝗨𝗖𝗟, 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗘𝗖𝗟
UCL: 1-5
Liga Europa: 7, juara Piala FA Cup, Chelsea
Liga Konferensi: Newcastle United (Juara Piala Carabao)
𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗖𝗥𝗬𝗦𝗧𝗔𝗟 𝗣𝗔𝗟𝗔𝗖𝗘 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗜𝗔𝗟𝗔 𝗙𝗔
UCL: 1-5
Liga Europa: 6, Crystal Palace (Juara Piala FA)
Liga Konferensi: Newcastle United (Juara Piala Carabao)
*Jika City menang Piala FA, slot UEL akan diberikan kepada kelab di tangga ketujuh liga.
* Jika Newcastle berada di kedudukan enam terbaik liga, slot UECL akan diberikan kepada kelab di tangga kelapan.
Social Plugin