Simeone sindir Yamal, Atletico belasah Barcelona


Diego Simeone mengejek Lamine Yamal ketika Atletico Madrid kendaliannya membelasah Barcelona 4-0 di tempat sendiri dalam perlawanan pusingan pertama separuh akhir Copa del Rey, awal pagi tadi.

Pengurus Argentina itu menunjukkan isyarat tiga jari ke arah pemain berusia 18 tahun tersebut selepas Ademola Lookman menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 3-0, sekali gus meneruskan permulaan cemerlangnya bersama kelab ibu kota Madrid.

Malah, Simeone begitu menikmati momen itu sehingga beliau berlari di sepanjang garisan tepi padang untuk meraikan gol dalam separuh masa pertama yang menyaksikan Atletico mendominasi Barca dengan empat gol.

Atletico bakal berdepan pemenang sama ada Real Sociedad atau Athletic Bilbao jika anak buah Hansi Flick gagal melakukan keajaiban di Spotify Camp Nou di separuh akhir kedua.

Untuk rekod, kali terakhir Atletico memenangi trofi adalah pada 2021, ketika menjuarai La Liga.